Kamis, 02 September 2010

cinta itu...

Diposting oleh Ajeng L herlin di 07.51
Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan
andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta
itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari
Tuhan “. (Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub )
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian
daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi,
jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-
kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap
kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang
ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI
KEHANGATAN DI HATI..

Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali
diberi tidak akan di lupakan , jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia
hadir kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir
dengan kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana
pengorbanan dan kesetiaan
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah
sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali.
Cinta tidak semestinya membawa kebahagian dan keindahan.
Cinta juga adalah pemusnah dan boleh membawa pada
kekecewaan yang panjang. Oleh itu berhati-hatilah dalam
menyambut atau menerima huluran cinta dari seseorang itu.
Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya
kita tidak tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta
jika kesetiaan yang wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.
Cinta itu satu siksaan jika tiada kepastian. Jiwa pasti gelisah dalam
meniti sebuat kepastian … gelisah memikirkan sama ada cinta yang
dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan. Apa jua
keputusan yang bakal diterima, tabahlah selalu kerana tidak semua
impian dan kehendak kita menjadi milik kita.
Cinta tak semestinya diakhiri dengan perkahwinan. Perkahwinan
tanpa cinta tak semestinya gagal. Keyakinan, kejujuran dan
keredhaan Allah adalah segala -galanya.
Untuk bercinta kita mesti berani. Jangan takut pada kegagalan tapi
takutlah pada kemungkaran. Bersedialah menghadapi kegagalan
sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.
Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita
tak akan kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan
sepenuh hati
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar
ia lari, bila ditunggu ia menanti. Manakala cinta lelaki pula adalah
seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk
dipercayai. Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang
rembulan yang menerangi kegelapan malam yang gelita tetapi
sampai hati membiarkan pungguk merinduinya.
Andai kita menyinta, jangan dipuja cinta itu seperti bunga kerana
bunga akan layu bila akhir musimnya. Biarlah cinta itu seperti
sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya.
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring
teguh dan ajaib, apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan
mengalami ketegangan. Semakin jauh spring itu diregangkan,
semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan
dan seringkali berakhir dengan air mata.
Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat, tapi BASI jika
dibiarkan. Cinta itu BUKAN seuatu hal yang indah, jika berakhir
dengan perpisahan. Cinta itu PENYAKIT, iaitu membuat jantung
GEMENTAR
Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah
membiarkannya jatuh cinta, sementara kamu tidak berniat untuk
menangkapnya
Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada.
Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan
menghancurkan hatinya. Jangan pernah menatap matanya kalau
semua yang kamu lakukan hanya berbohong.
Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus
antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta
berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang
tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia
dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak
mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus
cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam
cakerawala hidup setia jiwa.

0 komentar:

Posting Komentar

Daripada stalking, mending kasih coretan dikit :3

Spread love..

 

Corat Coretku Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea